Jika makanan tersebut menggunakan bahagian daging batang pinang (tenderloin) atau harimau menangis (sirloin), ianya tidak boleh mempatenkan nama bahagian daging yang telah digunakan secara umum tersebut.
Rizuan Abdul Hamid
Persoalannya, apakah peristiwa Capitol Hill akan menjadi kemuncak dan penamat kepada hooliganisme politik yang dipelopori oleh Donald Trump atau mereka masih belum mahu berhenti dan menyedari kesilapan mereka?
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.
“Semalam kau bercerita tentang Novalis dan Bunga Biru. Bunga Biru maksudnya cinta, keinginan, metafizikal dan permana. Kau tahu tak, aku dari kecil suka melukis rama-rama biru?”
Seluruh Perlembagaan negara adalah kontrak sosial. Sudah tiba masanya perbincangan kontrak sosial diperluas dan perlu difahami kembali. Sudah tiba masa kita memahami tentang sistem Demokrasi Berparlimen berkonsepkan Raja Berpelembagaan.
Fesyen pakaian sentiasa berkembang dan berubah. Begitu juga Baju Melayu berevolusi daripada potongan zaman awalnya hingga kepada bentuk potongannya hari ini. Daripada itulah lalu ianya disusuli dengan penyusupan makna dan simbolisme.
Sir Robert Walpole adalah orang pertama di dalam catatan sejarah yang mula-mula membentangkan belanjawan di Parlimen Britania Raya (Great Britain). Beliau menjawat jawatan ‘Chancellor of Exchequer’.
Baju Melayu atau nama asalnya Baju Kurung dikatakan diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad Syah sekitar lebih 600 tahun yang lalu.
Namun persoalannya, apakah masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu boleh menerima Hang Tuah yang lebih bersifat manusia biasa tanpa kesaktian? Mampukah seorang Laksamana tanpa sebarang kesaktian dan senjata ajaib dapat mengekalkan status etos-nya di dalam masyarakat Melayu?
Terdapat perdebatan hangat mengenai kesahihan status serta watak Hang Tuah dan hubung silangya dengan Laksamana Melaka. Selain daripada sumber sekunder seperti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, ada juga bukti primer yang menjadi sandaran. Cerita-cerita rakyat tempatan dan kajian secara linguistik-filologi juga turut dibentuk menjadi kritik dan hipotesis kewujudan Hang Tuah.
“Takkan Melayu hilang di dunia” adalah kata-kata semboyan yang sering dinasabkan kepada Hang Tuah. Namun slogan ini sebenarnya tidak pernah dijumpai tercatat di dalam dua sumber utama pengkisahan Hang Tuah iaitu Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah mahupun sumber-sumber bertulis lain yang berkelayakan. Apakah benar Hang Tuah pernah mengungkapkan kata-kata tersebut?
Maka konsep ‘Bangsa Malaysia’ masih menjadi harapan dan cita-cita kerana konsep ini masih asing bagi sesetengah rakyat Malaysia dan tidak tercatat di dalam mana-mana dokumen perundangan rasmi kecuali sekadar berstatus slogan politik dan polisi kerajaan.
Inilah orang ataupun kaum Melayu. Walaupun berkongsi pengertian ras dan serumpun, namun Melayu ini bukanlah Bugis, Melayu ini bukanlah Jawa, Melayu ini bukanlah Acheh, Melayu ini bukanlah Banjar dan sebagainya.
Untuk mentakrifkan mengenai orang Melayu, ada baiknya juga dikesampingkan segala mitos serta dongengan. Kita cuma perlu menggunapakai fakta serta kajian saintifik. Paling kurang kita menyandarkan kepada hipotesis, rasional (penalaran induktif mahupun deduktif) dan pembuktian empirikal.