Hamka, terkeluar dari garisan ulama tradisional, kerana beliau menggunakan medium novel atau roman yang bertemakan cinta teruna-dara, dalam penceritaannya untuk menyampaikan mesej, kritik sosial dan usaha dakwah beliau.
Sejarah
Kitaran jatuh dan bangunnya masyarakat telah ditentukan oleh kuasa dan ketentuan Tuhan. Runtuhan puing-puing tembok istana dan sisa-sisa pergelutan oleh empayar-empayar berkuasa yang pernah berdiri menjadi bukti hukum Ilahi ini. Dalam percubaan sia-sia untuk mencapai keabadian, manusia telah menyebarkan, melalui memorinya sebuah kemegahan peradaban yang telah hilang.