Wenceslao Q. Vinzons adalah merupakan seorang nasionalis dan pejuang rakyat Filipina, yang berjuang bagi membebaskan Filipina dari penjajahan Amerika, dan turut ikut bergerila menentang pencerobohan Jepun di Filipina pada 1941. Beliau terbunuh ditusuk bayonet Jepun pada 15 Julai 1942.
Sebuah negara kesatuan Malaysia yang merdeka, menggabungkan seluruh penduduk di kepulauan Melayu telah lama dulu digagaskan oleh Jose Rizal, pejuang kemerdekaan Filipina, lama sebelum Malaysia terbentuk pada 1963.
Sebagai pengikut Rizal, Vinzons meneruskan perjuangan tersebut, yang seterusnya menubuhkan "Perhempoenan Orang Melayoe", ketika beliau masih bergelar mahasiswa di Universiti Filipina. Persatuan ini seterusnya membentuk gerakan Filipina Muda, 3 tahun sebelum pembentukan Kesatuan Melayu Muda di Tanah Melayu.
Pada usia 22 tahun, pada tahun 1932, beliau menyampaikan pidato agungnya bertajuk "Malaysia Irredenta", yang mengungkapkan impiannya bagi menyatukan seluruh penduduk kepulauan Melayu kedalam sebuah "Malaysia yang bersatu", dari "paling hujung utara Semenanjung Melayu, sehingga setiap pantai pulau Polinesia yang paling jauh".
Berikut terjemahan pidato beliau; Malaysia Irredenta (Malaysia Raya): Sebuah perbahasan untuk kesatuan Se-Malaya.
Kitaran jatuh dan bangunnya masyarakat telah ditentukan oleh kuasa dan ketentuan Tuhan. Runtuhan puing-puing tembok istana dan sisa-sisa pergelutan oleh empayar-empayar berkuasa yang pernah berdiri menjadi bukti hukum Ilahi ini. Dalam percubaan sia-sia untuk mencapai keabadian, manusia telah menyebarkan, melalui memorinya sebuah kemegahan peradaban yang telah hilang.
Dia berpegang teguh dengan naluri kehidupan, pada benang yang paling halus yang menghubungkan masa kini yang memalukan dengan masa lalu yang megah dan mulia. Dia hidup di atas (memori) penaklukan dan peperangan oleh nenek moyangnya, dan dalam keghairahan imaginasinya, dia melabur dirinya ke dalam kemegahan yang pura-pura. Dia membina semula fikirannya dengan kebijaksanaan ayahnya. Dia telah menetapkan dirinya untuk tugas membina semula peradaban yang telah digesakan oleh sumber inspirasi yang tidak berhenti, kesan dari penebusan bangsanya.
Dalam perjuangan kita untuk memerdekakan diri dari kawalan asing, pada berabad-abad di mana suku kaum kita telah ditekan, pandangan politik kita juga telah dibatasi oleh sempadan negara yang sempit. Menjelang tahun-tahun surutnya (kuasa) rejim Sepanyol, para patriot kita yang telah tercerahkan membina semula sejarah kita dan membayangkan masa depan buat kita semua. Kita memecahkan diri sebagai sebuah negara yang bersatu dengan ikatan tradisi yang sama.
Tiga puluh tahun telah kita tumpukan untuk mengukuhkan ikatan itu. Selama tiga puluh tahun, dengan pembangunan cara komunikasi, penubuhan sekolah-sekolah, pertumbuhan perdagangan dan perniagaan, dan eksploitasi sumber alam, kita telah memupuk kesedaran nasional kita dan menempa diri kita menjadi manusia yang akan jatuh dan bangun bersama sepanjang zaman-zaman yang mendatang.
Tetapi dalam tiga puluh tahun ini kita telah bergelut dengan masalah-masalah dalaman, peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam hubungan antarabangsa yang mana kita gagal sedari akan kepentingannya. Kita tidak memahami berulangnya perubahan dalam evolusi negara-negara yang telah mengubah Lautan Pasifik, menjadi pentas yang luas terbentang untuk drama dunia yang sedang berlangsung.
Takdir bagi negara dan bangsa-bangsa yang berserikat di kepulauan samudra adalah berkait rapat dengan perihal dunia, di dalam penyesuaian semula politik yang luar biasa yang kini bermula di Timur Jauh (Far East). Pada tahap ini dalam sejarah nasional kita, marilah kita, dengan cita-cita yang besar, mempersiapkan diri sebuah tempat yang unggul dan kepemimpinan yang hebat di dalam dunia pengakhiran.
Terjemahan oleh Amir Abd Hadi. Terjemahan ini dibuat secara semberono, yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Tagalog, sebelum diterjemah kedalam bahasa Inggeris. Bersambung dalam Malaysia Irredenta Bahagian 2
Foto ihsan Google
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.