Covid-19 membawa kita pelbagai kisah yang dari tidak biasa menjadi biasa terutama soal politik. Kerana politik ibarat seperti bersenggama, ada masanya kita terlalu ghairah untuk mencapai klimaks dan ada masanya ia tergantung sepi. Namun jika seringkali bersenggama nescaya nikmatnya akan menjadi sedikit pudar.
Menyentuh soal politik, ia akan melibatkan kuasa. Tanpa kuasa politik ibarat seperti dildo yang hanya digunakan sekadar mencapai matlamat sendiri tanpa kepuasan abadi. Malaysia hari ini memperlihatkan kepada kita bahawa untuk berada di puncak, politik dan kekuasaan harus seiring. Ia tidak harus bersifat idealis.
Pun begitu oleh sebab kita ini mudah dan senang percaya kepada orang politik untuk mencorakkan kehidupan, hari ini kita terpaksa berbahasa kesat terhadap mereka. Walhal hasil tangan-tangan kita rakyat Malaysia yang memangkah pada pilihan raya umum lalulah yang meletakkan mereka di puncak kuasa dan kerana kuasa jugalah sekarang ini semua dari mereka sudah dan sedang mengecap nikmatnya bersenggama dengan politik walau pelbagai argumentasi diuar-uarkan dari agama, bangsa hinggalah pembelaan dan keadilan terhadap rakyat terbanyak.
Siapa sangka kalau parti yang pernah dianggap calon pembangkang sehingga kiamat menjadi sebagian kerajaan, dan parti mantan kerajaan yang dua tahun lalu ibarat hidup segan mati tidak mahu kini dapat kembali berkuasa.
Siapa sangka juga pemuka reformasi yang dahulu bergedar-degar tentang pelbagai isu lalu longlai dengan manifestonya sendiri hingga membawa kepada rebah dek sikap berawang-awangan berebut kuasa.
Lucu juga, gerombolan lama yang meminjamkan tongkat rapuh mereka buat sekelompok musuh sendiri kini adalah parti yang mendominasi kerajaan baharu. Kalau dilihat kiraan oleh portal Malaysiakini setakat ini, ada 31 pelantikan dalam agensi kerajaan, pihak berkuasa pelabuhan, GLC, badan-badan dan duta-duta khas yang dilelong kepada golongan ini.
Dalam situasi ini, pemenang terbesar tetap gerombolan lama tersebut, dengan 32.26 peratus daripada pelantikan utama, disusuli “mantan calon pembangkang tetap” yang kini teman sepelamin (22.58 peratus) dan gabungan parti dari negeri Sarawak (19.36 peratus). Parti yang diketuai Perdana Menteri, berkorban dengan hanya memegang 16.13 peratus daripada jawatan-jawatan tersebut.
Selepas lebih separuh abad Malaysia merdeka, akhirnya kita dapat menyaksikan berlakunya perubahan kerajaan. Tetapi tetap juga perubahan kerajaan ini tidak bermakna ia akan memacu kita ke arah satu suasana yang lebih baik dari sebelumnya.
Perubahan juga tidak akan memungkinkan kita kembali mundur seperti puluhan tahun ke belakang ini. Dalam koalisi baru kerajaan sekarang, selepas terbentuknya MOU antara parti-parti yang bergabung, masih lagi berbunyi suara-suara kurang enak daripada parti yang mendominasi kerajaan sekarang.
Waspada itu harus dan percaya pula wajar pada yang khusus. Jadi jika rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi, ini seakan tidak baik bagi penghuninya.
Arafat Hambali seorang penulis kelahiran Perlis yang menulis tentang apa sahaja, itu dan ini atas kapasitinya sebagai penulis.
Foto ihsan Shutterstock
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.