Baru-baru ini Netflix ada melancarkan satu filem terbaru Hindi bertajuk The Girl On The Train pada 26 Febuari 2021. Filem ini dibintangi oleh Parineeti Chopra, yang mana ramai mungkin tidak tahu bahawa dia merupakan sepupu kepada aktres terkenal Hindi iaitu Priyanka Chopra.
Filem ini diadaptasikan dari novel yang bertajuk The Girl On The Train hasil karya Paula Hawkins dan telah berjaya ke layar lebar Hollywood pada tahun 2016, dilakonkan oleh Emily Blunt dan Luke Evans sebagai teraju utama.
Filem ini pada awalnya agak perlahan sebelum ia kembali rancak dengan beberapa plot cerita yang membawa kita kepada deep thinking. Pada awalnya kita akan dapat membayangkan bahawa jalan cerita tersebut akan berakhir dengan ending yang mungkin barangkali the most common one.
Namun demikian, pada akhirnya kita tidak menjangkakan bahawa watak yang kita sangkakan protagonist merupakan dalang kepada semua perkara yang terjadi. Watak yang saya maksudkan adalah Dr. Shekhar Kapoor dan Inspector Dalbir Kaur Bagga .
Filem ini mengajar penonton untuk tidak mempercayai mana-mana individu waima suami sendiri. Walaupun pada awal penceritaan memaparkan kebahagian pasangan suami isteri yang teruja menanti zuriat pertama mereka, namun siapa sangka pada akhirnya kepercayaan itu itu akan berubah menjadi pengkhianatan yang memusnahkan kehidupan dan kerjaya si wanita tersebut.
Twist ini telah dilindungi dengan menyajikan penonton dengan sifat romantis dan tanggungjawab si suami pada awal penceritaan. Penonton barangkali akan tertipu dengan cara layanan si suami, Dr. Shekhar Kapoor terhadap watak utama cerita ini, Mira Kapoor.
Filem ini juga seolahnya bersetuju dengan kata-kata masyarakat bahawa kerjaya sebagai peguam bela merupakan kerjaya yang sangat bahaya sekiranya kita terikat dengan kes-kes jenayah. Walaupun kita berada di pihak yang betul, namun ia tidak mampu menyelamatkan kita dari tindakan pihak lawan yang agresif.
Dan perkara ini juga terjadi di dalam filem ini, di mana Mira Kapoor berkerja sebagai peguam bela dan dia kehilangan zuriat pertamanya juga atas sebab dendam dari pihak lawan. Malahan hidupnya juga tidak tenang apabila dia mula diekori dan rumahnya dibaling batu.
The Girl on The Train juga mengajar penonton memahami bahawa depression is real. Watak utama telah mengalami depresi akibat kehilangan anak pertamanya akibat kemalangan jalan raya yang dirancang oleh musuhnya. Akibat dari depresi tersebut dia mula bergantung hidup dengan minuman alkohol untuk move on dari kesedihan dan kenyataan bahawa dia telah kehilangan anaknya buat selama-lamanya.
Filem ini juga tanpa kita sedari cuba memberi mesej tersendiri bahawa, orang yang mengalami depresi tidak boleh dibiarkan hidup sendirian kerana ia akan membuat mereka menjadi semakin agresif dan mungkin tersilap langkah seperti mana yang terjadi di dalam cerita ini.
“Dont Judge a Book by Its Cover”. Perumpamaan ini sangatlah sesuai dengan jalan cerita filem ini. Apa yang kita perhatikan mungkin tidak seperti yang dipaparkan. Pada luarannya, kita mungkin melihat seseorang itu bahagia dengan senyuman yang terukir di bibir mereka, namun siapa sangka mereka mungkin juga sedang berperang dengan kesihatan mental yang tiada siapa yang tahu.
Begitu juga dengan apa yang dipaparkan di cerita ini di mana, Mira Kapoor sangat mengidolakan kehidupan pasangan yang dikenali sebagai Nusrat dan Anand. Namun tanpa dia sedari Nausrat sedang menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri. Nusrat juga curang dengan suaminya sendiri, namun atas dasar apa yang mereka pamerkan kepada umum, Mira beranggapan mereka merupakan pasangan yang bahagia dan romantis.
Akhir sekali, filem ini juga memberi satu pengajaran yang berguna, di mana dendam merupakan satu perasaan yang sangat berbahaya dan mampu menghancurkan kehidupan kedua-dua pihak. Melalui filem ini, ternyata dendam mengakibatkan Mira Kapoor kehilangan anak dan juga kariernya. Nusrat juga tanpa tersengaja terlibat dalam dendam kesumat antara Inspector Dalbir Kaur Bagga dan Mira Kapoor mengakibatkan dia kehilangan nyawanya.
Oleh yang demikian, perasaan dendam tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Ia perlu diberi perhatian kerana perasaan dendam ini boleh bertahan di dalam diri seseorang individu bertahun lamanya. Mereka tidak akan berdiam diri dan mampu bertindak di luar jangkaan sehingga mereka membalas dendam.
Hazlina Halik adalah seorang ambivert yang mempunyai lulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan kini bekerja dalam industri pembuatan.
Foto: Netflix
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.