Kebelakangan ini isu rasisme sering menjadi buah mulut perbualan rakyat Malaysia. Jika dilihat tajuk perbualan yang sering menjadi perbualan netizen khususnya di laman maya boleh dikatakan kebanyakannya mengenai hal-hal perkauman.
Keadaan ini diburukkan lagi oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah selama 60 tahun dijatuhkan melalui Pilihan Raya Umum yang ke-13. Saban hari isu perkauman sering dimainkan oleh para politikus yang kemaruk untuk berkuasa semula.
Namun, yang memburukkan lagi keadaan apabila bersikap rasis dianggap sebagai satu tindakan patriotik membela tanah air. Mencaci dan menghina kaum serta bangsa lain seolah-olah merupakan tindakan terpuji memperjuangkan kedaulatan negara.
Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ini juga keadaan diburukkan dengan insiden perkauman yang tercetus dek tindakan kerajaan Malaysia menghalau perlarian dari Rohingya yang mendarat di Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Peristiwa ini telah mengakibatkan tindakbalas daripada badan-badan hak asasi dan bukan kerajaan yang mengutuk sekeras-kerasnya kejadian yang berlaku.
Perkara ini diburukkan lagi apabila isu perkauman telah dimainkan di alam maya seperti Facebook, Twitter dan sebagainya menghina Rohingya sebagai pendatang yang ingin merampas Malaysia daripada warganya.
Jadi kalau kita lihat di sini sifat rasisme mempunyai hubung kait dengan tahap intelektual seseorang.
Walaupun, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh mempengaruhi sikap prejudis seperti tahap pendidikan, status kewangan, kelas dalam masyarakat dan sebagainya. Tetapi, para saintis telah berjaya membuktikan terdapat bukti yang jelas berkaitan kecerdasan otak dan sifat prejudis seseorang.
Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan ahli psikologi selama ini telah memberi peluang kepada dua orang penyelidik, merumuskan bahawa terdapat hubungkait yang jelas di antara kebodohan dan rasisme.
Dua pengkaji, Kristof Dhont daripada Unoversiti Ghent, Belgium dan Gordon Hodson Universiti Brock Kanada teleah merumuskan kajian berkenaan hal ini dengan menerbitkan dapatan tentang kajian yang masih berjalan di dalam journal Current Directions in Psychological Science.
Satu kajian yang telah dijalankan ke atas kanak-kanak berusia 10 dan 11 tahun dan kajian itu diteruskan setelah mereka menginjak usia dewasa selepas dua dekad kemudian, mendapati terdapat satu hubungkait yang jelas di antara kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan dan sikap mereka terhadap rasisme setelah dewasa berbanding mereka yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.
Sebagai contoh,bukti yang jelas juga telah menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran berfikir yang rendah akan menjadikan mereka seorang yang bersikap keras terhadap kaum dan bangsa lain ketika menginjak dewasa.
Di sini, wujud satu hubungkait di mana tahap kecerdasan yang rendah mempengaruhi kebencian mereka terhadap bangsa dan kaum yang lain. Hal ini kerana mereka yang rendah keupayaan untuk berfikir, lemah dalam membuat penilaian dan sebagainya lebih cenderung untuk memilih sesuatu yang dianggap mudah dan senang dan menganggapnya sebagai satu ruang selamat bagi mereka
Pada golongan ini, ketidakpastian merupakan sesuatu yang merbahaya dan mereka lebih memilih untuk mengekalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan mereka. Jadi seiring peredaran masa, sikap ini telah membentuk sikap yang lebih keras seperti pemikiran stereotaip, dan prejudis.
Berbeza dengan golongan yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, mereka melihat dunia ini dengan lebih terbuka dan tidak melihat persekitaran sekeliling mereka sebagai sesuatu yang rigid dan akan sentiasa berubah.
Kesimpulannya, dapat dirumuskan bersikap rasis merupakan satu petanda yang jelas kegagalan seseorang untuk berfikir dengan cerdas. Jadi mengangkat mereka yang bersifat rasis ke tampuk kepimpinan di dalam sesebuah negara merupakan tanda awal kegagalan membina tamadun. Sesungguhnya rasis yang baik adalah rasis yang menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Amar Afiq adalah seorang peminat kugiran Queen dan pasukan bola sepak Arsenal. Beliau merupakan mantan mahasiswa jurusan Sains dan Bahasa Inggeris, namun lebih berminat memerhatikan keanehan manusia.
Foto ihsan Google
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.