Dahulu, kita seringkali tergoda apabila melihat sesebuah produk itu diperkenalkan di stesen televisyen ataupun diuar-uarkan di stesen radio. Tambahan pula, jika produk tersebut merupakan produk yang popular dan menjadi kegilaan ramai. Ini membuktikan pengaruh kuat stesen televisyen dan radio dalam menarik perhatian penonton atau pendengar untuk membeli produk tersebut.
Hal ini membuatkan pemilik perniagaan pada zaman itu tidak berkira dalam melabur sejumlah wang yang besar untuk mempromosikan produk mereka di stesen televisyen mahupun radio. Hal ini kerana mereka yakin dengan keberkesanan platform tersebut dalam meningkatkan permintaan atau demand ke atas produk mereka.
Bukan itu sahaja, pada zaman periklanan media arus perdana juga, kebanyakan pemilik perniagaan ini juga mempunyai kepercayaan terhadap product material di mana mereka akan mencetak risalah ataupun brosur berkenaan produk mereka dan mengedarkan kepada orang ramai. Mereka percaya bahawa makin banyak mereka mencetak risalah dan brosur ini, makin ramai yang akan mengenali produk mereka.
Pasti anda masih lagi teringat di mana akan kelihatan uncle-uncle Cina yang membawa motorsikal sambil menyelitkan risalah ataupun brosur di dalam peti surat rumah anda. Saya masih lagi suasana ini dan kadang-kala terbit juga rasa kasihan terhadap uncle-uncle tersebut yang menunggang motosikal sehari suntuk di bawah terik matahari demi memastikan risalah dan brosur itu selamat sampai kepada para pengguna.
Itu 10 ataupun 20 tahun dahulu, sekarang tidak lagi. Pada zaman sekarang - zaman modenisasi ini, semua perkara dapat dilakukan dengan hanya dengan satu klik. Selaras dengan era modenisasi ini juga, cara sesebuah organisasi memasarkan produk mereka juga berubah dan menjurus lebih ke arah pemasaran digital berbanding zaman dahulu yang lebih mengerah keringat manusia.
Pada zaman millenium ini, media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok mempunyai pengaruh yang cukup kuat dan kadangkala mampu mempengaruhi kehidupan seseorang. Penggunaan media sosial ini mampu memberi kebaikan dan juga keburukan namun ia bergantung kepada cara penerimaan seseorang individu terhadap platform tersebut.
Contoh terdekat adalah apabila kita melihat ketaksuban pengguna TikTok terhadap challenge yang dijalankan di platform tersebut sehingga mereka gagal menilai baik buruk challenge tersebut. Misalnya pernah terbukti apabila seorang budak lelaki dari Chile yang baru berusia 12 tahun ditemui mati akibat menyahut cabaran dengan melakukan TikTok Suicide Challenge.
Namun pada masa yang sama, TikTok juga terbukti mampu membantu pemilik perniagaan untuk memasarkan produk mereka dengan lebih agresif. Ini berpandukan kepada senario semasa di mana antaranya francais terbesar dunia iaitu McDonalds menggunakan platform TikTok untuk memasarkan produk mereka dengan menjalankan Big Mac TikTok Challange bagi mempromosikan produk tersebut. Bagi pengguna fanatik TikTok dan juga peminat setia McDonalds mereka akan terpengaruh dengan challenge sedemikian dan secara tidak langsung memberi pulangan yang lumayan kepada McDonald apabila demand untuk Big Mac meningkat dengan drastik.
Jika dahulu, ramai pengguna media sosial mempunyai akaun Instagram hanya untuk berkongsi foto dengan sahabat dan keluarga namun kini mereka menggunakan platform itu sebagai salah satu medium utama bagi mempromosikan produk perniagaan. Ini bertolak dari aplikasi itu sendiri yang semakin advanced dengan pelbagai jenis options yang menarik seperti InstaStory, Swipe Up dan juga terbaru Reels.
InstaStory merupakan pilihan yang paling digemari apabila ia memberi peluang kepada pengguna untuk membuat video pendek bagi mempromosikan sesuatu produk dan seterusnya memudahkan pengguna untuk terus berkomunikasi melalui sambungan ke aplikasi WhatsApp untuk membeli atau bertanya dengan lebih lanjut tentang produk tersebut dengan hanya menekan Swipe Up.
Kita tidak dapat menafikan betapa besar dan kuatnya kuasa media sosial ini sehingga ia mampu memberi peluang kepada pengguna akaun tersebut menjana pendapatan. Kini hanya dengan memiliki pengikut yang ramai di media sosial, anda sudah boleh digelar sebagai seorang 'influencer'.
Influencer ini adalah individu yang mana mereka mempunyai pengikut yang ramai di media sosial serta mampu mempengaruhi pengikut mereka untuk membeli sesebuah produk yang mereka cadangkan. Influencer pada zaman sekarang bukan lagi dari kalangan artis mahupun ahli politik, sebaliknya rakyat marhaen biasa yang mempunyai daya tarikan dan kreativiti sehingga mampu mempunyai pengikut yang ramai.
Kebanyakan pemilik perniagaan kini akan menggunakan pengaruh influencer yang terkenal sebagai salah satu strategi pemasaran mereka. Hal ini kerana dengan jumlah pengikut yang ramai, seseorang influencer boleh membantu produk mereka lebih dikenali ramai dan seterusnya meningkatkan demand produk mereka.
Selain daripada itu, untuk memastikan sesebuah produk itu mempunyai nilai atau value yang tinggi, ada sesetengah pemilik produk akan melantik duta dari kalangan selebriti untuk memperlihatkan kekuatan produk mereka. Ini kerana, dengan mempunyai duta dari kalangan orang yang terpengaruh, ia mampu menampakkan brand mereka kelihatan mahal dan bernilai. Sebagai contoh terdekat, Cuckoo melantik penyanyi terkenal tanah air Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza sebagai duta produk mereka.
Oleh yang demikian, akurlah kita bahawa selaras dengan era modenisasi ini, cara kita melakukan sesuatu perkara semakin berubah. Ia bukan lagi membebankan malahan memudahkan sesuatu urusan. Namun demikian, kita juga harus akur bahawa ia juga akan melibatkan beberapa halangan yang lain serta kos yang tinggi.
Contoh terdekat adalah, option Swipe Up di Instagram, di mana bukan semua individu mampu untuk menggunakan option tersebut. Instagram telah melimitasikan option tersebut hanya kepada akaun perniagaan dan mempunyai pengikut melebihi 10,000. Tambahan pula, akaun tersebut harus mempunyai blue badge untuk menandakan bahawa akaun tersebut telah disahkan. Ini akan menjadi salah satu cabaran bagi perniagaan yang masih tidak mempunyai blue badge, walaupun akaun mereka telah mempunyai lebih dari 10,000 pengikut.
Terakhir, harus juga kita faham bahawa ianya bukan murah untuk mengupah seseorang influencer untuk mempromosikan sesuatu produk. Ia akan melibatkan kos yang sangat tinggi. Kadangkala kos itu bukan hanya melibatkan ratusan ringgit malahan ribuan ringgit, bergantung kepada jumlah pengikut di media sosial serta status sosial mereka.
Nevertheless, you have to spend some money, to make more money.
Hazlina Halik adalah seorang ambivert yang mempunyai lulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan kini bekerja dalam industri pembuatan.
Foto: Justin Sullivan / Getty Images
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.