Di saat dunia dan negara sedang bertempur lawan pandemik Covid 19, mereka yang dalam bidang keusahawan sudah tentu terasa akan peritnya. Apatah lagi kita yang tidak tahu akan hujung pangkal virus ini, sudah pasti akan khawatir akan keadaan masa hadapan. Antara isu yang dihadapi adalah rangkaian bekalan yang terganggu, kekurangan sumber kewangan dan permintaan bekalan yang sangat kurang oleh konsumer bagi sesetengah sektor perusahaan.
Diskusi lapuk, menyalahkan sana sini kian menjadi perhatian orang ramai. Ada menyalahkan pentadbiran negara kerana terlalu berpihak kepada sektor awam dan ada pula yang menyalahkan sektor swasta kerana tidak mampu membantu mempertahankan pekerja-perkerja mereka setelah mendapat keuntungan yang besar.
Sudah tentu, bukan sosialisme atau kapitalisme yang menjadi jawapan kepada semua permasalahan ekonomi. Namun begitu, apabila kita menggali dengan lebih dalam akan isu ini, kita akan dapati bahawa label tidak lagi memberi makna. Persoalannya bukanlah kapitalisme vs sosialisme, akan tetapi berapa banyak kapitalisme yang kita mampu toleransi agar ia dapat memberi manfaat mereka yang lebih ramai.
Dalam krisis ini, yang paling banyak terkesan adalah perusahaan kecil dan sederhana (SME). Perusahaan syarikat kecil dan sederhana tidak ada kemampuan seperti perusahaan syarikat besar, di mana kestabilan kewangannya lebih kukuh dan tersusun.
Pandangan tradisi akan mencadangkan agar perlu ada suntikan dana kewangan oleh kerajaan supaya syarikat kecil dan sederhana itu dapat berjalan lancar. Walaubagaimanapun, hanya 26.3% perusahaan syarikat kecil dan sederhana dapat mengekalkan perniagaan mereka dengan pakej ini. Selain dari mereka iaitu 77.6% masih belum memohon pakej ransangan ekonomi kerajaan. Keadaan ini berlaku apabila ramai dari kalangan mereka sudah pun ada bebanan hutang pinjaman.
Lalu apakah langkah yang terbaik yang mampu kita lakukan? Jawapannya adalah pada masyarakat di kawasan tempatan itu sendiri, dalam erti kata lain ialah ekonomi tempatan, kitaran berbelanja yang berpusing kembali.
Ia membawa kita kembali kepada asas ekonomi itu sendiri, iaitu menciptakan demand dan supply. Masyarakat harus memainkan peranan yang penting buat teman-teman kita di SME kerana perniagaan dan perkerjaan itu saling berkait.
Dengan kitaran ekonomi tempatan ini, ia melibatkan pembeli, pembekal, pekedai dan juga logistik. Dalam menangani krisis ekonomi, ia perlu kepada tanggungjawab kolektif supaya ekonomi itu subur dan kembali makmur bersama.
Jika ini menjadi keutamaan kita, kita pasti dapat naikkan dari mikro kepada kecil, dari kecil kepada sederhana dan dari sederhana kepada besar. Lapangan kerja dapat dikekalkan dan malah ia berpotensi untuk membuka ruang lapangan kerja dengan lebih banyak lagi. Hasilnya pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi lebih kuat, dan milik struktur yang lebih mantap.
Kita sebagai masyarakat harus bersiap sedia menghadapi keadaan ekonomi yang parah. Dengan jumlah pengangguran yang semakin meningkat secara drastik dan juga sektor perniagaan yang semakin banyak tutup.
Covid-19 ini menyedarkan bahawa fokus kita harus pada rakyat yang menengah dan di bawah. Ini harus menjadi perhatian dan tanggungjawab kita bersama. Kita jaga kita.
Shukri Mokhtar merupakan seorang penuntut ilmu seumur hidup dan pada masa sama sering menghabiskan waktu mempelajari dan mengkhatam kitab-kitab Turath. Seorang yang berpegang teguh kepada prinsip al aqal salafiyyah wa qalbu sufiyyah.
Foto ihsan Google
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.