Berikut adalah sambungan terjemahan teks pidato Malaysia Irrendenta oleh Wenceslao Q. Vinzons. Sila baca Bahagian 1 yang telah disiarkan minggu lalu
Bayangkan di dalam fikiran, puan-puan dan tuan-tuan, sebuah jambatan air yang memanjang batu demi batu, di antara empat benua dan terhubung dengan seluruh dunia oleh pusaran arus air yang sama luas. Terletak pada kawasan yang tidak terbatas ini titik-titik kecil yang sukar dilihat dengan mata kasar, dan di kelilingnya tanah besar dan gunung tinggi yang malah mengagumkan kamu, penciptanya sendiri. Diisi di pulau-pulau kecil ini orang-orang kecil berkulit sawo matang yang tidak menyedari besarnya ciptaan tentang mereka, jahil tentang bila dan dari mana mereka datang, bekerja seperti binatang untuk tuan-tuan asing, tanpa cita-cita - makanya tanpa masa depan. Kemudian berselindung di sekitar buat orang-orang ini jutaan orang-orang yang berani, bercita-cita tinggi, bangga dengan sejarah yang hebat, merancang buat penaklukan dunia, dan mencari mata-mata harimau kumbang yang lapar pada umat manusia yang tidak berdaya di tengah-tengah lautan. Dan kalian, tuan-tuan dan puan-puan, pemilik Lautan Pasifik pada abad ke-20, pusat bagi aktiviti, komersial dan politikal, persimpangan jalan di mana konflik bangsa-bangsa berkecamuk dalam segala amarahnya.
Kita berada dalam situasi di mana kita tidak dapat melepaskan diri dari komplikasi benua Asia. Dengan perlindungan yang ramah dari Amerika Syarikat, kita telah dibawa jauh dari konflik tersebut. Tetapi kita menipu diri sendiri apabila kita mengabaikan ketidakupayaan kita untuk menentang pencerobohan; kita membahayakan kepentingan anak cucu kita apabila gagal menyediakan pertahanan buat mereka; kita meminta-minta sumpahan abadi di kepala kita apabila kita meneruskan dasar pengasingan yang bertentangan dengan peristiwa yang biasa.
Buat kuasa yang sama yang telah membawa pergi keterikatan Oriental, mungkin, dengan peningkatan minat dalam kekalutan Sino-Jepun, mendesak kita ke dalam konflik. Kita mendengar gemuruh revolusi. Gerombolan massa, dari Himalaya ke Pantai China, menggegarkan asas perintah lama dari segala sesuatu yang di hadapan di dalam perarakan umat manusia menuju milenium.
Tiga ratus juta orang India telah mengangkat taraf pemberontakan untuk merampas kuasa kerajaan dari kawalan asing. Mereka telah mengenepikan semua perbezaan, dan mengenal diri dalam satu tujuan yang sama.
China, dengan perkadarannya yang besar, dengan empat ratus juta penghuninya, dan kekayaannya dalam sumber alam sedang menebus dirinya dari kekacauan perang saudara. Imperial Jepun membuat percubaan terakhirnya untuk memimpin benua Asia. Jika mereka berjaya dalam usaha (menakluk) Manchuria, mereka akan memiliki Asia Timur di kaki dan laut buat kekuasaannya.
Jika gagal, mereka akan mengalihkan perhatian ke selatan dan mensasarkan satu-satunya mangsa yang tinggal, penduduk pulau-pulau samudra yang lemah dan terpecah-pecah, orang-orang kecil berkulit sawo matang yang tinggal di ratusan ribu pulau-pulau dari pantai Madagascar yang tidak mendatar ke tebing-tebing berbatu di Pulau Easter.
Saya telah menggambarkan buat kalian, malam ini, tuan-tuan dan puan-puan, dilema nasional kita. Kita tidak boleh mengabaikan besarnya masalah ini. Kita terletak pada kedudukan di mana tembakan dan api dari neraka akan turun dengan lebat seperti hujan di dalam perang Pasifik ini. Kita tidak berdaya (menghalang) atas sebab jumlah kita dan kekurangan peralatan perlindungan dan pertahanan.
Dengan naluri lelaki terakhir yang mati dibawa pergi bersama alunan ombak, kita melihat pada air di sekeliling kita. Kita mengingat semula pengetahuan sejarah yang kian tersasar yang mengalir selama bertahun-tahun. Apakah pada masa lalu tidak ada bangsa Melayu Viking?
Bukankah mereka penguasa laut dan pulau zamrud, terkenal dengan kecerdasan berpolitik? Adakah mereka tidak membezakan diri mereka dengan kepintaran dalam perang dan pencapaian dalam keamanan? Ingatan-ingatan ini mengingatkan kita tentang kemungkinan berdirinya sebuah negara yang menghimpunkan jutaan manusia ke dalam Republik Malaysia.
Terjemahan oleh Amir Abd Hadi. Terjemahan ini dibuat secara semberono, yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Tagalog, sebelum diterjemah kedalam bahasa Inggeris. Bersambung dalam Malaysia Irredenta Bahagian 3
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.