Macam mana nak tahu satu buku itu bagus atau tidak?
Berapa lama satu teknologi dianggarkan boleh bertahan?
Sebelum kita pergi lebih jauh dalam topik ni, kita perlu beri perhatian sikit tentang apa yang Nassim Taleb panggil sebagai "antifragile".
Taleb bahagikan keadaan sesuatu benda kepada tiga jenis: fragile, robust dan antifragile.
Bayangkan cawan gelas, bila jatuh ke lantai, ia akan pecah bukan? Itu menunjukkan cawan itu “fragile” atau rapuh.
Kalau cawan itu jatuh tapi tidak pecah, cawan itu “robust” atau kuat.
Kalau cawan itu jatuh tapi jadi makin kuat, segala calar yang ada pada cawan tersebut hilang misalnya, cawan itu “antifragile” atau anti-rapuh.
Untuk senang faham tentang “antifragile”, bayangkan otot. Bagaimana otot boleh jadi lebih besar dan kuat? Otot jadi lebih besar bila kita beri tekanan kepada otot tersebut, angkat berat contohnya, sehingga ada "microtears". Kita beri tekanan kepada otot untuk dapat otot yang lebih besar dan kuat.
Tapi, ada had. Kalau terlebih dari had tersebut, otot kita mungkin akan cedera teruk.
Dalam kata lain, antifragile adalah benda yang jadi lebih baik selepas dikenakan tekanan.
Ini penjelasan yang sangat mudah, untuk lebih tahu secara mendalam tentang konsep ini boleh baca buku Antifragile, tulisan Nassim Taleb.
Okay, jadi apa hubungan konsep “antifragile” dengan masa?
Kesan Lindy, bagi Nassim Taleb ialah, bagi benda yang "non perishable", misalnya idea, teknologi dan lain-lain, setiap penambahan hari akan tingkatkan lagi jangka hayat benda itu
Misalnya, buku yang sudah wujud selama 40 tahun, akan wujud lagi 40 tahun akan datang.
“If a book has been in print for forty years, I can expect it to be in print for another forty years. But, and that is the main difference, if it survives another decade, then it will be expected to be in print for another fifty years.” - Nassim Taleb
Bandingkan dengan manusia, setiap penambahan hari, akan kurangkan kemungkinan manusia itu hidup. Manusia ialah antara contoh “perishable”, tapi "genes" (non perishable) manusia itu, akan kekal.
Mari kita gunakan teknologi sebagai contoh.
Setiap tahun kita pasti lihat akan ada versi telefon pintar yang baru.
Antara sebab kenapa ini berlaku ialah apa yang dipanggil sebagai "hedonic treadmill effect". Ini apa yang dijumpai oleh Daniel Kahneman dan Amos Tversky.
Bila kita dapat iPhone baru misalnya, tahap kegembiraan kita akan menaik. Tapi makin lama, tahap kegembiraan itu akan kembali ke tahap biasa. Kita sudah terbiasa dengan teknologi yang baru, ini menyebabkan kita cari teknologi yang lebih baru.
Bandingkan pula dengan teknologi lama, misalnya sudu, garfu, pinggan, meja, kerusi, kenapa kita tidak ada rasa yang sama? Perhatikan alatan yang kita gunakan untuk memasak. Tak jauh beza dari apa yang digunakan oleh orang-orang pada zaman dahulu.
Ingat kembali idea kesan Lindy tadi, dalam kes ini, makin lama satu teknologi bertahan, makin lama ia akan kekal digunakan. Bagi Nassim Taleb, barang-barang yang "berteknologi", rapuh disebabkan oleh “hedonic treadmill effect”.
Tapi tidak semua.
Harus diingati bahawa kesan Lindy hanyalah satu heuristik, satu kemungkinan, bukan satu hukum.
"...someone (a technology guru) interpreted my idea as suggesting that the World Wide Web, being currently less than about twenty years old, will only have another twenty to go-this is a noisy estimator that should work on average, not in every case. But in general, the older the technology, not only the longer it is expected to last, but the more certainty I can attach to such a statement." - Nassim Taleb
Memahami konsep ini, bagaimana kita boleh aplikasikannya dalam kehidupan seharian?
Tak tahu nak baca buku apa? Cari buku yang sudah lama wujud
Masa ialah penapis yang paling efisien. Buku yang masih wujud setelah sekian lama menunjukkan betapa pentingnya buku tersebut.
"…I follow the Lindy effect as a guide in selecting what to read: books that have been around for ten years will be around for ten more; books that have been around for two millenia should be around for quite a bit of time, and so forth." - Nassim Taleb
Nasihat dari nenek vs kajian pengkaji
Disebabkan kesan Lindy, bagi Nassim Taleb, kemungkinan untuk nasihat dari mereka yang lebih berusia untuk berkesan ialah 90%. Manakala, disebabkan scientism, kemungkinan untuk kajian pengkaji berkesan ialah bawah 10%. Ini berdasarkan krisis replikasi kajian yang dihadapi sains sekarang.
"If you hear advice from a grandmother or elders, odds are that it works at 90%. On the other hand, in part because of scientism and academic prostitution, in part because of the world is hard, if you read anything by psychologists, and behavioral scientists, odds are it works less than 10%, unless it is also what has been covered by the grandmother and the classics…
Consider that a recent effort to replicate the hundred psychology papers in “prestigious” journals of 2008 found that, out of a 100, only 39 replicated. Of these 39, I believe less than 10 are actually robust and transfer outside the narrowness of the experiment. SImilar defects have been found in medicine, neuroscience… " - Nassim Taleb
Tidak semua nasihat dari mereka yang lebih tua kita boleh ambil. Fizik misalnya, kita lebih maju dan lebih tahu dari mereka. Tapi perihal kemanusiaan, misalnya, psikologi sudah pun diperhati dan dikaji dari dulu. Bagi Nassim Taleb, kajian moden harus melalui pengetahuan klasik ini dulu, kerana pengetahuan ini sudah ditapis oleh masa.
"While our knowledge of physics has not been available to the ancients, human nature was. So everything that holds in social science and psychology has to be Lindy-proof, that is, have an antecedent in the classics; otherwise it will not replicate or not generalize beyond the experiment." - Nassim Taleb
Apa yang tidak masuk akal bagi kita sekarang, kalau ia sudah wujud dalam waktu yang lama, ada kemungkinan yang ia akan wujud lebih lama lagi
“If something that makes no sense to you (say, religion - if you are an atheist - or some age-old habit or practice called irrational); if that something has been around for a very, very long time, then, irrational or not, you can expect it to stick around much longer, and outlive those who call for its demise.” - Nassim Taleb
Ini kerana sesuatu yang berjaya bertahan dengan sangat lama, ia pasti beri manfaat yang jelas atau tidak jelas kepada mata atau fakulti logik manusia.
"What survives must be good at serving some (mostly hidden) purpose that time can see but our eyes and logical faculties can’t capture" - Nassim Taleb
Terima kasih kerana membaca, harap ilmu ini dapat membantu diri anda dan saya.
Notakaki adalah seorang penulis yang mencari jawapan kepada soalan-soalan yang berlegar dalam kepala.
Foto: iStock
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.