Kerugian Besar Mata Wang Kripto

Kerugian Besar Mata Wang Kripto

Pasaran mata wang kripto telah mengalami salah satu kerugian besar sejak kebelakangan ini. Hampir setengah trilion dolar telah dihapuskan dalam perdagangan kripto, kerana lebih 740,000 telah dicairkan.

Kira-kira 741,520 pedagang kripto telah mencairkan dengan pesanan pembubaran tunggal terbesar berlaku di Huobi-BTC, yang bernilai sebanyak $67 juta. Bitcoin pada masa penulisan telah menjunam serendah $32,000 kerana pelabur institusi menambahkan lebih banyak tekanan penjualan dengan Ethereum, juga kehilangan sebanyak 40%, sementara ‘joke token’; Dogecoin turun menjunam hampir 50%.

Permodalan pasaran kripto global adalah $1.53 trilion, dan penurunan sebanyak 25.63% pada beberapa hari yang lepas, juga mencatatkan kerugian yang amat ketara dengan Coinbase kehilangan sebanyak 5% dalam perdagangan pra-pasaran dan juga dalam saham berkaitan kripto.

Apakah mata wang kripto?

Lebih dikenali sebagai Cryptocurrency, mata wang kripto adalah mata wang digital ataupun mata wang virtual yang dijamin dengan kriptografi, yang menjadikannya hampir mustahil untuk pemalsuan atau perbelanjaan berganda. Kebanyakkan mata wang kripto adalah rangkaian terdesentralisasi berdasarkan teknologi blockchain – yang bertindak sebagai lejer serta diedarkan dan dikuatkuasakan oleh rangkaian komputer yang berbeza. Ciri utama mata wang kripto adalah bahawa mereka secara umumnya tidak dapat dikeluarkan oleh pihak berkuasa pusat, menjadikannya secara teorinya kebal terhadap campur tangan atau manipulasi kerajaan.

Secara lazimnya, mata wang kripto adalah sistem yang membolehkan pembayaran yang selamat melalui talian yang dinyatakan dalam bentuk “token virtual", yang diwakili oleh kemasukan lejer dalaman ke sistem. Kripto merujuk kepada kepelbagaian algoritma enkripsi dan teknik kriptografi yang melindungi kemasukan tersebut, seperti Elliptical Curve Encryption, Public-Private Key Pairs, danHashing Functions.

Mata wang kripto berasakan blockchain yang pertama adalah Bitcoin, dimana masih kekal sebagai yang paling popular dan paling berharga. Bitcoin dilancarkan pada 2009 oleh individu atau kumpulan yang dikenali dengan nama samara “Satoshi Nakamoto”. Pada bulan Mac 2021, terdapat lebih dari 18.6 juta Bitcoin beredar dengan jumlah capaian pasaran sekitar $927 bilion.

Pada hari ini, terdapat ribuan alternatif mata wang kripto dengan pelbagai fungsi dan spesifikasi. Sebilangannya adalah klon ataupun cabang Bitcoin, sementara yang lain adalah mata wang baru yang baru dibina. Beberapa mata wang kripto bersaing yang dihasilkan oleh kejayaan Bitcoin, yang dikenali sebagai Altcoin, termasuk Litecoin, Peercoin, dan Namecoin, serta Ethereum, Cardano, dan EOS. Hari ini, nilai agregat semua mata wang kripto yang ada sekitar $1.5 trilion – Bitcoin pada masa ini mewakili lebih daripada 60% daripada jumlah nilai tersebut.

Tindakan harga baru-baru ini mendedahkan kripto unggulan kini telah kehilangan semua keuntungan yang dicapai setelah pengumuman Tesla, bahawa ia akan membeli Bitcoin bernilai $1.5 bilion. Ia juga menurun sekitar 45% sejak mencapai paras tertinggi bulan lalu.

Laporan semasa mengenai pengawal selia kewangan China telah mengekang institusi kewangan daripada terlibat dengan mata wang kripto yang banyak mempengaruhi sentimen pelabur.

Beberapa minggu yang lalu, Governor of the Bank of England, Andrew Bailey memberi amaran kepada para pelabur terhadap pendedahan pelaburan mata wang kripto yang berlebihan kerana mereka tidak mempunyai nilai intrinsik, yang bermaksud bahawa pelabur boleh kehilangan semua dana mereka yang dilaburkan dalam aset tersebut.

Di samping itu, sesi perdagangan yang tidak menyenangkan bagi kebanyakan Altcoin dengan Ethereum pecah serendah $2,400. Cardano, Litecoin, Binance Coin dan Tron telah kehilangan lebih dari 20% di tengah keadaan panic yang berterusan di pasaran kripto. Shiba Inu, Chiliz, PanzakeSwap, OKB, Nano, Horizen, VeChain, hanya beberapa yang lain mencatat kerugian sebanyak 45%.

Tindakan harga baru-baru ini juga menunjukkan bahawa penjual kripto berkuasa kerana kripto utama menembusi di bawah tahap sokongan yang kuat $35,000, walaupun pakar pasaran menjangkakan bentuk kestabilan sekitar $34,000 dalam waktu terdekat, kerana petunjuk pasaran mendedahkan bahawan pasaran kripto berada dalam kedudukan penjualan berlebihan.

Apakah kebaikan mata wang kripto sebenarnya?

Mata wang kripto memegang janji untuk menjadikan perpindahan dana secara langsung antara dua pihak lebih mudah, tanpa memerlukan pihak ketiga yang dipercayai seperti bank atau syarikat kad kredit. Pemindahan akan dijamin dengan menggunakan kunci awam dan kunci peribadi dalam bentuk sistem insentif yang berbeza, seperti Proof of WorkatauProof of Stake.

Dalam sistem mata wang kripto yang moden, ia dinamakan “wallet” atau alamat akaun pengguna, yang menggunakan kunci awam, sementara kunci peribadi yang hanya diketahui oleh pemiliknya sahaja dan digunakan sebagai satu tandatangan transaksi. Pemindahan dana diselesaikan dengan kos pemprosesan yang sangat minimum, yang membolehkan pengguna untuk mengelakkan yuran atau cukai yang akan dikenakan oleh pihak bank dan institusi kewangan untuk pemindahan wang tersebut.

Keburukan?

Sifat semi-anonim transaksi mata wang kripto menjadikannya sangat sesuai untuk pelbagai aktiviti haram seperti pencucian wang dan pengelakan cukai. Walau bagaimanapun, penyokong mata wang kripto sering menghargai kerahsiaan mereka, memetik faedah privasi seperti perlindungan untuk pemberi maklumat atau aktivis yang hidup di bawah pemerintahan kerajaan yang menindas. Ada beberapa mata wang kripto yang berasakan lebih peribadi berbanding daripada yang lain.

Bitcoin misalnya, bukanlah pilihan yang terbaik untuk menjalankan perniagaan haram dalam talian, kerana analisis forensik blockchain Bitcoin telah membantu pihak berkuasa menangkap dan mendakwa penjenayah. Terdapat beberapa coin berorientasikan sebegitu, seperti Dash, Monero atau ZCash, yang jauh lebih sukar untuk dijejaki.

Ramai pakar melihat mata wang kripto dengan teknologi blockchain berpotensi serius untuk digunakan seperti pengundian dalam talian dan crowdfunding, dan institusi kewangan utama seperti JP Morgan (JPM) melihat potensi untuk menurunkan kos transaksi dengan menyelaraskan proses pembayaran.

Bolehkah mata wang kripto menjana pendapatan?

Mata wang kripto membolehkan pembayaran yang selamat dalam talian yang dinyatakan dalam bentuk token virtual, yang diwakili oleh entri lejar dalaman ke dalam sistem. Pelabur boleh menjana wang dengan mata wang kripto dengan melombong atau “mining” Bitcoin, atau hanya dengan menjual Bitcoin mereka dengan keuntungan.

Mana-mana pelabur yang berminat boleh membeli mata wang kripto melalui pertukaran kripto seperti Coinbase, aplikasi Cash, Binance dan banyak lagi.

Ingat!

Ini hanya pelaburan semata-mata. Adalah diingatkan supaya mengawal perbelanjaan dan seeloknya melabur menggunakan dana yang berlebihan. Jauhi daripada syarikat-syarikat yang menjanjikan pembalikan modal yang lumayan daripada pembelian mata wang kripto, tetapi merupakan taktik scam yang menjadikan anda keldai untuk menarik lebih ramai orang supaya ditipu. Wajar untuk lakukan semakan yang teliti sebelum melabur dalam mana-mana jenis pelaburan mata wang kripto.

Adam Hafiz @ Lester Tan adalah seorang pengamal hidup aktif dan pemerhati isu semasa berkaitan budaya popular dan ekonomi digital. Berasal dan membesar di Bukit Mertajam, beliau kini berkhidmat bersama Penggerak Komuniti Pulau Pinang.

Foto: Edward Smith / Getty Images

Share this Post: