Jika kita perhatikan lingkungan pergaulan kita, mungkin kita akan perasan beberapa jenis teman yang keperibadiannya agak bertentangan - ada yang pendiam, dan ada pula yang banyak mulut. Dalam pemerhatian sosial, golongan ini digelar sebagai introvert dan ekstrovert.
Introvert mudahnya boleh difahami sebagai seseorang yang lebih suka untuk bersendirian atau menumpukan perhatian kepada dirinya sendiri berbanding orang di sekeliling mereka. Mereka selalunya dilihat sebagai tidak suka bergaul dengan masyarakat luar dan lebih memilih untuk menjauhi mana-mana kelompok orang ramai. Dalam bahasa yang lebih mudah namun tidak semestinya tepat, golongan ini selalunya dianggap sebagai ‘anti social’.
Seorang introvert seringkali disalah ertikan sebagai individu yang bersikap negatif kerana peribadi mereka yang sangat misteri dan suka bersendirian. Malahan bagi yang tidak memahami intorvert, akan dikatakan sombong hanya kerana mereka tidak suka bercampur dengan kumpulan masyarakat yang lain yang lebih besar.
Introvert sebenarnya adalah golongan yang sangat berhati-hati. Dalam pergaulan, mereka bersikap selektif; hanya memilih sebilangan individu sahaja untuk masuk ke ‘comfort zone’ mereka. Tidak mudah untuk menembusi ‘comfort zone’ seorang introvert; untuk diajak berbual sahaja sudah sukar, apa lagi mengintai ke dalam kehidupan mereka.
Introvert turut dikenal pasti sebagai sentiasa berhati-hati ketika bertutur bicara, sesuai dengan keperibadian mereka yang sangat pemalu dan bertutur apabila perlu sahaja. Menariknya, walaupun mereka bertutur dalam kuantiti yang sedikit, setiap hujah bicara mereka kadangkala sangat bernas dan berkualiti. Disamping itu, kebanyakan golongan introvert adalah seorang pendengar yang bagus dan mampu memberi nasihat dan pandangan yang baik.
Pasti anda mengenali dengan nama ini; J.K. Rowling. Beliau yang merupakan penulis kepada novel Harry Porter turut memegang status sebagai seorang billionair. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa J.K Rowling juga adalah seorang introvert. Terdapat banyak lagi nama-nama terkenal yang merupakan golongan introvert seperti Bill Gates, Elon Musk dan Warren Buffet.
Ekstrovert pula adalah golongan yang sangat berlawanan dengan introvert. Ekstrovert amat menyukai kelompok orang ramai dan boleh membawa diri walaupun baru berkenalan dengan kelompok sosial yang baharu. Golongan ini akan menghangatkan perbualan mereka dengan berkongsi pengalaman dan pendapat malahan mereka amat menginginkan persahabatan yang baru selalunya dengan tujuan mengembangkan ‘social circle’ mereka. Golongan ekstrovert yang tidak canggung menyesuaikan diri dalam mana-mana situasi menjadikan mereka sangat mudah didekati.
Ekstrovert juga merupakan golongan yang sangat mudah untuk meluahkan perasaan mereka. Mereka tidak akan memendam perasaan, lebih suka untuk berterus terang sekiranya mereka kurang menyenangi beberapa perkara, dan akan terus bersuara. Ini menjadikan golongan ekstrovert kelihatan sangat tegas dan garang oleh sesetengah masyarakat. Namun keperibadian inilah seringkali menjadikan individu dari golongan ekstrovert sebagai pemimpin dalam sesebuah kumpulan / organisasi.
Atas keperibadian mereka yang mudah didekati dan juga berjiwa pemimpin, golongan ekstrovert cenderung untuk memilih profesion seperti peguam bela, wartawan dan juga agen insurans. Mereka tidak malu untuk berbicara dan mengetuai mana-mana perbincangan; sesuai dengan keperibadian mereka.
Tidak dinafikan terdapat juga cabaran bagi kedua-dua golongan ini. Bagi introvert, mereka akan sukar untuk mengembangkan ‘social circle’ mereka. Ini adalah kerana mereka kurang gemar berkomunikasi dengan kumpulan yang mereka tidak kenali dan selesa. Malahan mereka juga mengalami kesukaran untuk memulakan komunikasi dan ini menjadikan mereka sentiasa kelihatan seolah ‘left out’.
Bagi golongan ekstrovert pula, kepetahan mereka berbicara kadangkala mungkin akan menyakiti hati mana-mana individu tanpa tersengaja. Mereka yang sentiasa agresif mungkin kadang kala tidak menyedari akan setiap butir bicara yang mereka bahaskan. Ini mungkin akan menyebabkan sesetengah kelompok untuk menjauhi individu dari golongan ekstrovert seperti ini.
Mungkin ada yang berfikiran, apa yang akan terjadi sekiranya individu dari golongan introvert berpasangan dengan individu dari golongan ekstrovert. Apakah hubungan itu boleh berkekalan dengan keperibadian mereka yang sangatlah berbeza. Seperti yang diulaskan di atas, golongan introvert hanya akan bersikap terbuka dengan orang yang mereka selesa, biarpun anda sendiri dari golongan introvert sekalipun. Dan harus diingati juga, golongan introvert ini adalah good listener manakala ekstrovert pula adalah good speaker. Don’t you think they will blend perfectly?
Hazlina Halik adalah seorang ambivert yang mempunyai lulusan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dan kini bekerja dalam industri pembuatan.
Foto: Desktime
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.