Anggur merah, anggur hitam, anggur hijau, anggur mahal, anggur murah, anggur tak ada biji, mungkin itu sahaja anggur yang kita kenal. Namun terdapat lagi sejenis anggur lain yang mungkin tak akan kita jumpa di pasar harian kita.
Anggur luar biasa yang mempunyai bilangan kromosom lebih berbanding anggur-anggur lain ini dikenali sebagai anggur muscadine atau nama lainnya vitis rotundifolia. Kelebihan ini menyumbang kepada manfaat kesihatan yang sangat hebat dan meluas.
Berasal dari North Carolina dan beberapa kawasan lain sekitar tenggara Amerika Syarikat, anggur muscadine ini berbeza dari segi rupa, saiz dan khasiatnya daripada jenis anggur yang lain. Anggur muscadine mempunyai kulit dan biji yang tebal. Saiznya pula boleh mencapai sebesar sebiji bola golf.
Bahagian kulit dan biji anggur ini merupakan bahagian yang kaya dengan pelbagai khasiat.
Kulit anggur muscadine kaya dengan antioksidan yang dikenali sebagai resveratrol dan asid elargik. Resviratrol di dalam anggur muscadine adalah 6 kali ganda lebih berbanding anggur lain.
Resviratrol di dalam ekstrak kulit anggur ini didapati mampu menghalang pertumbuhan sel kanser melalui aktiviti antioksidannya. Selain menghalang pertumbuhan sel kanser, kajian mendapati resveratrol mampu membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit jantung, mengurangkan paras kolesterol dan mengawal kadar gula di dalam darah.
Asid elargik didapati mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria. Sifat antioksidannya membantu menyingkirkan toksin daripada badan dan sebagai pelindung daripada radikal bebas.
Selain itu, anggur muscadine juga kaya dengan serat, rendah sodium, tanpa lemak dan merupakan sumber manganese yang baik.
250 g anggur muscadine mengandungi lebih kurang 9.8 g serat yang berupaya mencegah masalah sembelit dan memelihara kesihatan usus.
Anggur muscadine mengandungi flavonoids seperti anthocyanins dan quercetin yang juga merupakan pigmen yang memberi buah ini warna merah-ungu. Anthocyanins mempunyai sifat anti-oxidative dan anti-mikrob serta mampu memelihara kesihatan neurologi. Sifat antioksidan pada quercetin pula lebih kuat berbanding vitamin C, vitamin E atau beta carotene.
Pengambilan anggur muscadine adalah yang terbaik dimakan asli. Walau bagaimanapun, pengambilan anggur ini dalam bentuk lain seperti ekstrak kulit telah dikaji dan didapati selamat di dalam dos 500 – 4000 mg. - ALTERNATIF
Foto ihsan Rocket City Mom
Waadat, Daulat, dan Keramat Rakyat
Di dalam konsep monarki Melayu, Raja itu pemegang dan pewaris Kedaulatan. Raja akan mangkat tetapi tidak bagi Daulat. ‘The Sovereign never dies’.